• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Salam Aidilfitri ~ Eid Mubarak

    Friday, September 17, 2010
    Sebelum aku nak membebel melalut ke cerita lain, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kat semua muslimin dan muslimat. Rasanya belum terlambat lagi nak ucap kan? Still bulan Syawal ape...hehe..

    Tanggal September 17, cuti aku masih berbaki 2 hari, sabtu dan ahad, isnin dah masuk kerja. Masih terasa kemeriahan Lebaran bersama keluarga walaupun dah Syawal ke-8...bagi individu yg macam aku ni, yang tak berapa mahir dlm bersosial, agak seronok bila mampu jugak nak bersosial di kalangan famili...oleh kerana famili utama aku dikategorikan famili yang kecil, yang hanya terdiri dari mak,bapak dan aku sendiri, aku agak disebabkan itulah aku kurang berBAKAT dalam bersosial...hehe..siapa cakap bersosial tak memerlukan bakat? memang perlu, biasanya orang macam ni kita biasa gelar, MULUT MANIS...apa-apa sahaja yang diucap oleh orang yang MULUT MANIS ni bisa saja mencairkan hati si pendengar...maka mulalah berdetik dalam hati si pendengar, "Baik betul budak ni, peramah dan berbudi bahasa..and bla bla bla..."
    MULUT MANIS yang aku cuba nak nyatakan kat sini bukanlah si mulut manis yang cakap depan elok,belakang ckp lain..itu dah menyalahgunakan perumpamaan...maksud aku, yang sentiasa bercakap benda yang elok, tak bercakap perkara yang boleh mengguriskan perasaan orang lain....dan terus terang aku nak bagitau, aku bukanlah kategori orang MULUT MANIS, sebab, jangankan nak berbual, nak start conversation atau kata orang, nak memulakan perbualan pun aku tak reti...aku ni kira kategori orang yang lambat mesra. Bukan sombong, bukan meninggi diri, bahkan aku memang benci kaw2 kat orang yang suka menyombong tau...tapi aku ni malu, memang pemalu sangat2, memang susahlah nak bercakap dengan orang yang aku baru jumpa, malah yang aku biasa jumpa pun aku masih jugak tergagap2 tak tau nak cakap apa...tapi kalau orang yang aku jumpa tu agak berbakat besar dalam bersosial (lagi sekali.hehe) boleh plak aku bantai sembang sampai pagi...haha..aku pun pelik kat perangai aku..

    mintak mahaplah ye, andaikata tuan/puan blogwalker terbaca entry saya yang merapu2 ni, kalau rasa menyampah tu teruskanlah...saya tak kesah...kalau ada plak yang rasakan entry saya ni "bolehlaa..ala-ala jamuan ringan blogwalking je..", saya ucapkan bohot2 shukriya (terima kasih bebanyak!)kerana saya tahu, tak ada apa-apa yang menarik pada entry saya ini...okla, sebelum mengundur diri, sempena bulan yang mulia ini, saya ingin memohon maaf pada semua pihak yang saya pernah sakiti hatinya, pernah terkasar bahasa, perbuatan dan segala2 kesalahan yang saya sendiri tidak sedari...mohon ampun dan maaf seikhlas hati...

    0 comments:

    A journey to my next age...

    Lilypie Kids Birthday tickers