• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Selamat Hari Gawai 1Jun 2009

    Saturday, May 30, 2009
    Selamat Hari Gawai diucapkan kepada rakan-rakan yang menyambut gawai dayak 1 Jun ni. dan selamat bercuti kepada semua rakyat Sarawak. juga selamat bercuti sekolah kepada budak-budak sekolah..

    Lost N Found

    Friday, May 8, 2009
    sori ye.title post tidak bersangkut paut kepada mana2 tajuk filem arahan Encik Afdlin Shauki.kerana title post ini adalah merujuk kepada si 'pemblog' yang baru nak mengompose post baru setelah sekian lama tidak menjenguk blog ini.time kasih..

    ok berbalik kepada apa yang tengah bermain dalam otak saya yang hampir terhidrasi ini oleh kerana cuaca panas yang sering membuatkan tekak saya kering dan otak pun terasa pekat menyebabkan saya kurang concentrate dengan semua kerja yang tengah dan ingin saya usahakan.

    semalam,seharian terasa senak perut,pergi toilet tapi setelah berjam2 lamanya menunggu khazanah perut yang tidak kunjung tiba, saya menyangkakan terdapat kemungkinan saya kembung perut sebab kecacingan. maka saya mengambil keputusan untuk memakan mebendazol iaitu sejenis ubat anti cacing. dengan pengetahuan yang agak cetek mengenai jangkitan cacing ini,saya terbayang2 bagaimana agaknya cacing yang akan keluar dari dalam perut bergumpal2 tergeliat akibat terkena racun mebendazol itu.

    saya mendapat tahu tentang penyakit ini dari sebuah website pendidikan awam mengenai cara mencegah jangkitan cacing. mengikut fakta dalam website tersebut, terdapat beberapa symptom mendapat penyakit ini pada peringkat awalan,pertengahan dan kritikal. perkara ini menjadi satu trauma kepada saya di mana saya sering terbayang2 akan kelibat cacing. EWW! saya masih dilanda kebingungan untuk keluar dari rumah,kerana walaupun saya telah menjaga kebersihan dengan amat menyeluruh selama ini sehinggakan saya sentiasa mencuci tangan pada setiap 30 minit atau bila terasa tapak tangan saya kering,tapi saya masih mengalami symptom2 seperti alergi atau alahan pada makanan laut,tidak hadam makanan,anemia,rasa mual,gatal2 dan keletihan. ini menjadikan saya seorang yang dilanda dilemma akibat cacing ini. saya semakin kerap mencuci tangan dan mandi dalam 5 kali sehari. trauma saya semakin menjadi2 sejak berita tergempak mengenai virus terbaru H1N1

    untuk mengatasi masalah trauma ini,maka saya mengambil keputusan mencari lebih banyak website yang mendedahkan mengenai jangkitan ini supaya saya boleh menjalani kehidupan seharian saya seperti biasa.

    minta maaflah kerana terpaksa membaca penerangan tentang trauma saya yang berjela2 ini walaupun saya tahu tiada siapa yang berminat untuk membacanya pun. tapi saya peduli apa. ini bermakna saya mungkin akan menjadi makin kurang kerap melawat blog saya ini.

    di penghujung cerita, inilah yang saya maksudkan mengenai title lost N found yang mana ini merujuk kepada blogger yang tengah lost dalam trauma dan dilemma nya sehingga blognya terabai kemudian kembali ke blognya setelah trauma nya terubat.

    sekian.

    warkah yang entah apa2,sekadar memenuhi suasana yang bening di petang jumaat.

    A journey to my next age...

    Lilypie Kids Birthday tickers