• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Satu Hari Yang Sejuk

    Wednesday, November 10, 2010
    Hari ini hujan lagi la...kalu mggu lepas, asal ptg je hujan..tp mggu ni lak,hujan tiap2 pagi..sejukk.lg2 duduk dlm aircond,otak jd beku,nk tutup kang rasa cam takda oksigen plak.

    Alhamdulillah, semua dokumen yg nk dimasuk dlm fail Mesyuarat Pengetua & Guru Besar dah dibereskan semalam..unit akula..unit org lain aku tak tau,bkn taknak ambil tau,lgpun aku tau aku memang aku ditugaskan untuk kumpul semua dokumen dari semua unit yang nak dicompile kan ke dalam fail,tapi aku dh mintak berkali2 dari dorg sejak isnin lepas..last2 minit baru nak buat.bajet aku keja sampai malam ker?..tak kuasa makk..kata Afdlin Shauki.

    Ok,pagi ni aku memang agak bersemangat nak turun kerja.sebab ni first time aku diberikan peluang untuk bersuara dalam Mesyuarat GB.al-maklumlah aku kan pegawai kontrak jer,takkan pernah diberi peluang macam ni..dari malam tadi asyik fikir,lusa aku ada interview,bolehla aku gunakan peluang esok utk melatih public speaking aku..tapi,baru jer nak mula meeting,adalah pulak seorang makhluk pegawai ni dengan nada mengerah kat depan org ramai ckp kat aku,"u kena cari buku rekod tu betul2 ho,jangan tidak cari." macamlah aku ni budak kecik dia nak buat macam tu..malu laa..macam la aku ni tak tau apa2,padahal dah sthun lbih dh kt cni,pastu pulak,aku yang buat buku rekod tu...siapa buat? akuuu...kau tau tak?bukan aku nak besar kepala laa..tapi,at least,ckp dengan diplomatik sikit laa..ni sikit pun x hirau orang tu sakit hati ke tak..melampau betul.

    Sebelum adegan itu ada gak satu adegan yang agak mengguris hati, "jom duduk sini" aku ajak la sorang member tu (makhluk yg sama)duduk sebelah aku..pastu bole pulak dia cakap,"eh taknaklah, u kan org kuat bos", lepas tu org lain gelak...pergh..sedihnya hatiku...dalam hati aku,aku buat keja semuanya hanya menurut perintah.bukan aku nak memandai-mandai.ini lah sikap orang Malaysia, malas la nak cakap bangsa apa,semua bangsa pun sama..kalau ada PHD(bukan akademik tau, tapi Perasaan Hasad Dengki)tak boleh tengok orang lebih sikit,orang rajin sikit, mula la nak kata kita ni 'orang kuat bos'.sedih betul aku tau,mcm la aku ni jenis org yg tak sedar diri.dhlah melukut di tepi gantang, dibuat orang sekecil kuman..walaupun diri nampak segantang..kehkeh..

    okla, kalau ada lagi peristiwa bersejarah yang aku tak mampu nak luah secara lisan dengan orang berdekatan, aku akan mencoret semula di sini..sekian,adios muchachos!

    Salam Aidilfitri ~ Eid Mubarak

    Friday, September 17, 2010
    Sebelum aku nak membebel melalut ke cerita lain, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kat semua muslimin dan muslimat. Rasanya belum terlambat lagi nak ucap kan? Still bulan Syawal ape...hehe..

    Tanggal September 17, cuti aku masih berbaki 2 hari, sabtu dan ahad, isnin dah masuk kerja. Masih terasa kemeriahan Lebaran bersama keluarga walaupun dah Syawal ke-8...bagi individu yg macam aku ni, yang tak berapa mahir dlm bersosial, agak seronok bila mampu jugak nak bersosial di kalangan famili...oleh kerana famili utama aku dikategorikan famili yang kecil, yang hanya terdiri dari mak,bapak dan aku sendiri, aku agak disebabkan itulah aku kurang berBAKAT dalam bersosial...hehe..siapa cakap bersosial tak memerlukan bakat? memang perlu, biasanya orang macam ni kita biasa gelar, MULUT MANIS...apa-apa sahaja yang diucap oleh orang yang MULUT MANIS ni bisa saja mencairkan hati si pendengar...maka mulalah berdetik dalam hati si pendengar, "Baik betul budak ni, peramah dan berbudi bahasa..and bla bla bla..."
    MULUT MANIS yang aku cuba nak nyatakan kat sini bukanlah si mulut manis yang cakap depan elok,belakang ckp lain..itu dah menyalahgunakan perumpamaan...maksud aku, yang sentiasa bercakap benda yang elok, tak bercakap perkara yang boleh mengguriskan perasaan orang lain....dan terus terang aku nak bagitau, aku bukanlah kategori orang MULUT MANIS, sebab, jangankan nak berbual, nak start conversation atau kata orang, nak memulakan perbualan pun aku tak reti...aku ni kira kategori orang yang lambat mesra. Bukan sombong, bukan meninggi diri, bahkan aku memang benci kaw2 kat orang yang suka menyombong tau...tapi aku ni malu, memang pemalu sangat2, memang susahlah nak bercakap dengan orang yang aku baru jumpa, malah yang aku biasa jumpa pun aku masih jugak tergagap2 tak tau nak cakap apa...tapi kalau orang yang aku jumpa tu agak berbakat besar dalam bersosial (lagi sekali.hehe) boleh plak aku bantai sembang sampai pagi...haha..aku pun pelik kat perangai aku..

    mintak mahaplah ye, andaikata tuan/puan blogwalker terbaca entry saya yang merapu2 ni, kalau rasa menyampah tu teruskanlah...saya tak kesah...kalau ada plak yang rasakan entry saya ni "bolehlaa..ala-ala jamuan ringan blogwalking je..", saya ucapkan bohot2 shukriya (terima kasih bebanyak!)kerana saya tahu, tak ada apa-apa yang menarik pada entry saya ini...okla, sebelum mengundur diri, sempena bulan yang mulia ini, saya ingin memohon maaf pada semua pihak yang saya pernah sakiti hatinya, pernah terkasar bahasa, perbuatan dan segala2 kesalahan yang saya sendiri tidak sedari...mohon ampun dan maaf seikhlas hati...
    Tuesday, August 17, 2010
    saje jer suke2..jengah2 blog org lain, tgk kalau de yg best2, aku cetakrompakkan,msuk kat blog aku..contohnyer yang ni...aku dpt dr blog akusape..hehe,jgn marah ye tuan empunya blog akusape...tak baik tau kedukut2..hihi..mintak halal yer...

    Ini blog, ConneyChan yang punyer...sile lah lawat
    LiveTyping.com

    kalau nak mencetakrompakkan dari sini, sile lah klik kat sini yer..
    -livetyping.com-

    Must Watch!

    A Movie Of A Hero Of The Century

    Aku Datang Lagi....

    wowee..gua kembali lagi dengan harapan yang baru, tekad yang baru, dan azam yang baru....(tiap2 kali masuk blog jer tukar azam ek..)

    banyak benda gua nak kongsi kat sini yang berlaku sepanjang gua meninggalkan blog yg dah lama bersawang ini. Tapi, bukan sekarang la...memandangkan gua sekarang ni log in time office hours,tak beran pulak gua nak on9 lame2..kehkehkeh (padahal selalu je buat, kan?)

    terima kasih la kat Kak Kajol, pasal dengan menunjuk2kan blog beliau yg comel dan berintipati serta berwadah dan bermadahpujangga, gua dapat balik gua punya inspirasi untuk mengupdatekan kembali blog gua yang dulu nya penuh dengan konsep Dark kepada yang sekarang yang lebih comel dan kiut-miut (bluekk!!)...Oleh itu, pada masa yang akan datang, gua akan kembali semula ke blog gua nih dengan idea-idea yang gua rasa mantap walaupun tak berapa nak manatap pada pandangan orang lain, tapi gua pedulik hape..

    sekian, terima kaseh daun keladi, lain kali gua bebel lagi...

    A journey to my next age...

    Lilypie Kids Birthday tickers